SEMAKAN STATUS AKAUN PELAJAR UNTUK PENDAFTARAN SEMESTER PENDEK (SEM 3, 2018/2019)
Pemakluman ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada pelajar untuk membuat semakan status akaun untuk tujuan pendaftaran semester pendek (Sem 3, 2018/2019).
Merujuk Kalendar Akademik sesi 2018/2019, semester pendek (sem 3, 2018/2019) akan bermula pada 9 Jun 2019 (kampus JB) dan 10 Jun 2019 (kampus KL). Pendaftaran kursus secara online bagi semester pendek akan bermula selama seminggu iaitu bermula 9 Jun 2019 hingga 14 Jun 2019.
Sehubungan dengan itu, Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari mengingatkan semua pelajar yang ingin mendaftar kursus semester pendek (semester 3, 2018/2019) supaya memastikan status akaun pelajar ialah tidak berhutang. Tarikh akhir pembayaran hutang ialah pada 31 Mei 2019 (Jumaat). Sekatan pendaftaran subjek/kursus akan dikenakan sekiranya pelajar gagal menjelaskan hutang.
Semakan status akaun pelajar dan bayaran (FPX dan Debit/Credit Card) boleh dibuat melalui portal MyUTM (my.utm.my). Kemaskini bayaran di akaun pelajar (payment offset with debit charge) adalah dalam masa tiga (3) hari bekerja (tidak termasuk hari bayaran). Pembayaran selepas tarikh ini adalah tidak digalakkan kerana ianya berdekatan/bertindih dengan tarikh cuti hari raya aidilfitri.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari, UTM Johor Bahru di talian +607-5530235/30152/30597/30087 atau emel ke bendahari-ukp@utm.my